Tatabahasa

Kata Nama Am Dan Kata Nama Khas 

A) Kata Nama Am
     Kata Nama Am nenunjukkan nama secara umum.
     Contoh:
     a)  Manusia    - abang, datuk, guru
     b)  Benda       - kerusi, kereta, lampu
     c)  Haiwan     - kucing, semut, burung
     d) Tumbuhan  - pokok, kubis, terung
     e) Tempat      - kampung, bandar, padang

B) Kata Nama Khas
     Kata Nama Khas menunjukkan nama secara khusus
     Contoh:
     a)  Manusia    -  Ali, Mei Mei, Muthu
     b)  Benda       -  Sony, Proton, Bata
     c)  Haiwan     -  Pak Belang, Si Comel
     d)  Tumbuhan -  Rafflesia, Bougainvillea
     e)  Tempat     -  Kuala Lumpur, Putrajaya

Latihan:
Gariskan kata nama am dan bulatkan kata nama khas.

1.   Sungai menjadi jalan air yang utama di Sabah dan Sarawak.
2.   Arnab kakak bernama Si Putih.
3.   Ali membeli sebuah kamera digital Sony di kedai itu.
4.   Datuk menanam dua pohon pokok Bougainvillea di halaman rumah.
5.   Pak Abu melawat kawan di hospital.


Kata Ganti Nama Diri

1. Kata Ganti Nama Diri ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan
    nama seseorang, iaitu kata nama khas atau kata nama am.

2. Terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Kata Ganti Nama:
     a)   Diri Pertama
         - merujuk pada orang yang bercakap
           contoh: aku, saya, kita, kami
           contoh ayat: Nama saya Ali.

     b)   Diri Kedua
         - merujuk kepada orang yang dilawan bercakap
           contoh: kamu, awak, engkau, tuanku, tuan, saudari
           contoh ayat: Kamu hendak ke mana?

     c)   Diri Ketiga
         - merujuk kepada orang uang dicakapkan halnya
           contoh: dia, beliau, -nya, baginda, mereka
           contoh ayat: Beliau seorang guru yang rajin.

Latihan:
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

1.   __________harus menjaga kebersihan kawasan sekolah.
2.   Ali dan Ah Guang berjiran. ___________berdua sangat akrab.
3.   Saya dan Chee Meng tinggal berjiran. __________ke sekolah bersama-sama.
4.   __________seorang pereka kasut yang terkenal.
5.   Ali dan keluarga_______ akan melancong ke luar negari.
6.   Siti, bolehkah ___________belikan saya sebatang pensel?
7.   " Adik _________ suka bermain bola sepak." kata Mei Mei.
8.   " Siapakah nama ___________ ?" tanya Ali kepada budak itu.


Kata Sendi Nama

1.   Kata Sendi Nama ialah perkataan yang digunakan untuk menyumbangkan
      frasa nama dengan perkataan atau frasa lain.

2.   Contoh dan penggunaannya:
      a) di            - untuk menunjukkan tempat
      b) ke           - untuk menunjukkan tempat atau arah yang ditujui dan masa
      c) dari         - untuk menunjukkan tempat / tempat asal / tempat bermula atau masa
      d) daripada - untuk menunjukkan punca bagi manusia, benda, dan perbandingan
      e) pada       - untuk menunjukkan keterangan waktu, manusia, dan benda
      f)  kepada   - untuk menunjukkan tempat, orang, atau haiwan yang ditujui

3.  Contoh ayat:
     a)   Saya berasal dari negari Sabah.
     b)   Buku itu terletak di atas meja.
     c)   Tipah menulis surat kepada abangnya.
     d)   Latif tergesa-gesa hendak ke sekolah.

Latihan

1.   Abu pergi _________Singapura dengan menaiki kerata api.
2.   Adik menyerahkan dompet itu ___________ guru besar.
3.   Jam tangan itu ada _________ Cikgu Chong.
4.   Bapa baru balik ________pejabatnya.
5.   Surat ini saya terima__________abang semalam.
6.   Pertandingan bercerita akan diadakan __________bulan April.
7.   Kucing itu bersembunyi ___________belakang almari.
8.   Masukkan barang-barang itu __________dalam stor.
9.   Meja itu diperbuat ______________ kayu yang bermutu.
10. Ali berasal ___________ Kangar, Perlis.
 

(c)2011 Sudut Cikgu Ho. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger