Monday, 14 November 2011

teka-teki

Pagi hari belajar menari,
    Rasa gembira senang hati;
Mainan apa adik bestari,
    Dicampak hidup, diikat mati?


Ayam jantan sedang berkokok,
    Berkokok di bawah pokok kuini;
Dalam banyak-banyak pokok,
    Pokok apakah yang paling berani?


Langit cerah nampak awan,
    Panas terik rasa nak pitam;
Buah apakah, wahai kawan,
    Di dalam putih, di luar hitam.


Pagi-pagi mengail ikan,
    Dapat pula si ketam batu;
Disorong makan, ditarik pun makan,
    Tahukah adik bendanya itu?


Orang di luar memberi salam,
    Orang di dalam masih berbual;
Matanya banyak dijadikan ulam,
    Sedap dimakan bersama sambal.

1 comments:

LIN PENG said...

Teka-teki ini sangat menarik. Kalau guru sediakan jawapan untuk setiap teka- teki maka murid- murid boleh menyemak jawapan dengan daya usaha sendiri.

Post a Comment

 

(c)2011 Sudut Cikgu Ho. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger